Tuesday 8 November 2011

.:SemUT HiTAm aTaS baTU hiTaM di MaLaM GeliTA:.


Assalamualaikum kepada semua shbt2 pembaca yg setia n x jemu2 menziarahi blog ana....*wahhh...dh guna 'ana' skrg* ......sebelum terlambat,sy ingin mengucapkan SeLamAT HaRI RaYa AiDiLAdHa kepada seluruh umat Islam...'no sacrifices,no victory'.....

ok....post kali nie bukan berkisar kpd semut hitam atau batu hitam atau malam yang gelita....klu kita lihat....semut hitam yang berjalan atas batu yang hitam tmbh pulak tgh malam...kalian rasa, kalian boleh x nampak semut tue berjalan??? klu kalian boleh nmpk,masyaAllah!!! mata kalian mmg hebat....dh cm superman...huhu...tp sy yakin utk melihat semut hitam bergerak di atas batu hitam di malam yang gelita amatlah susah....itulah perumpamaan sifat mahmudah yg diterapkan dalam Islam iaitu IKHLAS....^_^



ikhlas....satu perkataan yg biasa kita dgr dlm seharian hidup kita...."weyh,aku ikhlas nie belanja kau,jom la...." "sy ikhlas mencintai awak...ikhlas taw.." "aku ikhlas nie nak tolong kau....kita nak sama2 cemerlang nieh...." .....tue contoh2 yg kita sering dengar ttg ikhlas dlm percakapan seharian kita....*tidak ada kena-mengena dgn sape2 pown*
sbnrnye ikhlas nie xde sape yang tahu bila ia datang dan hadir even diri kita sendiri....ikhlas nie Allah saja yang tahu...jom kita hayati satu riwayat cerita di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hurairah

"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bahawasanya manusia yang pertama dipanggil untuk diadili di hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Dia datang kepada Allah TuhanNya sambil dia sendiri telah mengetahui nikmat apa yang akan diterimanya. Allah bertanya kepadanya "apakah amal kamu?" "Jawabnya aku berperang untukmu hingga aku mati syahid". Allah berkata kepadanya "engkau bohong, engkau berperang agar manusia mengatakan engkau seorang gagah, berani dan engkau sudah dikatakan begitu sebagaimana yang engkau kehendaki." Kemudian orang itu dihela masuk ke neraka.

Adapun yang menuntut ilmu dan telah mengajar pula serta menjadi pembaca Al-Quran, orang ini dibawa ke pengadilan Tuhan di hari kiamat sedang dia sendiri telah mengetahui nikmat yang akan diterimanya. Dihadapan Tuhan ditanya "apa amalmu" jawabnya "aku banyak membaca Al Quran" Berfirman Allah kepadanya "engkau bohong! Engkau menuntut ilmu itu agar dikatakan orang engkau seorang yang alim, engkau membaca Al-Quran itu supaya dikatakan orang seorang Qari dan yang demikian itu telah engkau dikatakan orang" kemudian orang itu pun dihela masuk ke dalam neraka.

Adapun seorang lelaki yang telah mendapat kelapangan rezeki sebahagian hartanya dibahagikan kepada orang lain kemudian orang itu pun dibawa menghadap Allah untuk dibicarakan dan dia sendiri telah mengetahui nikmat yang akan diterimanya. Di hadapan Allah dia ditanya "apa kerjamu" dia menjawab "aku telah membelanjakan hartaku kepada jalan yang engaku redhai dan itu telah aku kerjakan kerana engkau". Allah telah berfirman kepadanya "engkau berbohong engkau berbuat demikian itu adalah supaya dikatakan orang engkau seorang pemurah sedangkan yang demikian itu telah dikatakan orang" kemudian orang itu pun dihela masuk ke dalam api neraka.

Demikianlah riwayat hadis tiga jenis orang beramal tidak ikhlas. Amalan mereka ditolak tidak diterima oleh Allah dan akibatnya mereka dicampakkan ke dalam api neraka.

Dalam kehidupan kita sebagai pelajar nie...sifat ikhlas nie perlu untuk mendapat berkat dlm pelajaran....ikhlas dlm menuntut ilmu n juga ikhlas dalam memberikan ilmu....tapi janganlah dizahirkan keikhlasan itu kerana Allah tidak suka orang yang riak...

So,secara konklusinya,sifat ikhlas nie tidak perlu dizahirkan kepada sesiapa....cukuplah Allah sahaja yang mengetahui...insyaAllah...Allah itu Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati hambaNya.....moga2 kita beroleh manfaat dari kisah di atas....

Saya rasa cukup setakat nie dulu...insyaAllah berjumpa lagi.....Assalamualaikum....=)


1 comment: